Melalui media dan peralatan yang dapat menjangkau orang ramai. Ini membolehkan pembohongan setempat berkembang sehingga peringkat global.
Hapuskan catatan sebenar dan menulis kembali sejarah.
Menolak yang menyanggahi mereka dan memberi pengiktirafan ke atas sumber yang menuruti hasrat mereka.
Alat-alat ini sering ‘membutakan’ manusia dari kebenaran, tentang bagaimana peristiwa itu benar-benar berlaku dan menggantikannya dengan cadangan, ‘bagaimana’ ia berlaku.
Inilah persepsi, mereka menciptakan persepsi sebagaimana mereka mahu ia dipercayai.
—
Bagaimana pembohongan benar-benar berlaku di zaman ini, pada hari ini?
Setiap hari kita menjadi mangsa emosi melalui Tell Lie Vision yang mengandungi ‘kebenaran palsu’.
Ia berlaku dengan kerap dan berulangkali. Dan kita sendirilah yang membiarkan/membenarkan pembohongan ini tertanam di minda. Lantas ia berkembang menjadi seperti yang mereka mahukan.
Kepalsuan diangkat sebagai sebuah kebenaran.
Kebenaran dilayan seperti sebaliknya.
Walaupun sesebuah berita tidak dikawal secara langsung, peristiwa di luar boleh dicipta agar berita yang dilaporkan masih mengikut persepsi yang diprogramkan.
Platform online juga masih dalam kuasa mereka. Pada bila-bila masa sahaja, kebenaran boleh dipadam dan digantikan dengan ‘kebohongan rasmi’ atau ‘sumber sahih mengikut acuan mereka sendiri’.
Tidakkah kamu memerhatikan?
=====
Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). (Ali’Imraan 3:13)
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Qaaf 50:5)
Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”(Al-An’aam 6:50)
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”.(Saba’ 34:46)
.
#masterlatifcom
#notaakhirzaman