Apa yang sedang berlaku hari ini adalah tidak normal.
Istilah new normal atau norma baharu, digunakan bagi melenturkan emosi, mengurangkan penolakan (rejection) dan mengawal penentangan (resistance).
Subconciously (di luar sedar – minda separa sedar), semua orang menerima ‘arahan/instruction/cadangan/program’ ini dari awal.
This is mind control, this is Neuro Linguistic Programming (NLP), this is how it works subconciously.
Ini adalah suatu bentuk kawalan minda, ini adalah NLP, beginilah cara ianya berfungsi di luar kesedaran.
Semua orang menerimanya dari awal tanpa sedar terlebih dahulu (tak perasan).
Betul kan?
Sampai hari ni, ramai menerima ketat-ketat ‘norma baharu’ ni. Ikut je semuanya tanpa banyak soal.
Lepas tu, dah jadi macam ‘zikir’ pulak, berulang-ulang disebutkan. Memang sebatilah dalam otak tu. Semua orang dah mula macam ‘automatik’ ikut new normal.
Awal-awal dulu selalu terlupa nak pakai mask, sekarang dah jadi sentiasa ada. Daripada selalu terlupa dah bertukar jadi sekali-sekala je mungkin terlupa. Atau dah stand by siap-siap spare kat kereta, motor, poket, bag.. semualah kalau boleh.
Barulah kemudian muncul penolakan daripada orang-orang yang berfikir dan menggunakan rasa hati.
Mungkin anda baru terperasan sekarang kan..
Ini lah contohnya mind control.
Anda mungkin dah tersedar kot, tapi macam mana dengan keluarga dan sahabat kita kat luar sana? Samalah macam kita yang dulu juga (belum perasan apa yang tak kena).
Jadi, kita mesti bantu mereka dengan cara menyampaikan, berkongsi info. Mudah-mudahan menjadi asbab petunjuk untuk mereka. Hidayah milik Allah, kita tiada kuasa.. kita sebatas menyampaikan sahaja.
Dalam perang ini juga, masyarakat mula bercakap serta berusaha mendedahkan korupsi dalam pemerintahan dan badan korporat, mahkamah dan penguatkuasaan undang-undang, agama dan sistem yang mengikat kita dalam masyarakat, apa yang berfungsi, apa yang tidak berfungsi, apa yang membuat kita kecewa dan tidak bahagia, apa yang memberi kita harapan dan tidak.
Perhatikan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.
Jadi berfikirlah, kerana berfikir adalah salah satu langkah awal untuk membebaskan diri.
.
=====
Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). (Ali’Imraan 3:13)
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Qaaf 50:5)
Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”(Al-An’aam 6:50)
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”.(Saba’ 34:46)
.
#masterlatifcom
#notaakhirzaman
https://www.facebook.com/mdlatiff.amran/posts/3789615587726705