Bukan ke Kata Tahun Depan Baru Sedia?
Sampai tak sempat aku nak jawab salam..
Ok, kita ada persoalan.
Kata masih dalam kajian, belum sedia sepenuhnya.
Tapi kenapa dah ada?
Tak perlu tunggu tahun 2021 baru v.ksin masuk.
Boleh simpan dahulu dengan selamat dan alih perhatian.
Saya semakin yakin ia dah ada di Malaysia, cuma mungkin tahun depan baru nak declare secara rasmi.
Ini hanya menguatkan maklumat yang saya dapat sendiri secara lisan dari ‘salah seorang yang bekerja di bawah menteri (TDH) yang menguruskan serta turut terlibat dalam urusan bawa masuk v.ksin ke Malaysia’.
V.ksin sudah ada dahulu, mereka dah bawa masuk v.ksin lebih awal sebelum pemberitahuan kepada umum (melalui perjanjian dua hala Malaysia China berkaitan v.ksin).
Saya percaya dengan maklumat yang saya dapat, dengan siapa saya bercakap dan pada situasi bagaimana waktu itu.
Saya takkan cerita lebih terperinci. ‘Sumber maklumat ini’ tidak sengaja. Namun takdir menyebabkan ia (pengkongsian itu) berlaku dan kebetulan saya juga berada di situ (kehadiran yang saya tidak rancang) bersama dengan lebih kurang 20 orang yang lain.
Ini bukan bahan bukti. Ini petunjuk.
Usah percaya bulat-bulat. Teruskan peka dan siasat.
Saya hanya membawa berita dari sudut pandang saya.
Dan saya, bukanlah sesiapa untuk anda percaya. I am nobody.
Untuk itu, anda fikirkanlah dan cari kebenaran melalui sumber lain juga. Pekalah dengan petunjuk yang sampai kepada diri sendiri.
Jika ada doktor scammer (jual v.ksin palsu), nampaknya sekarang kita perlu berhati-hati dengan modus ini.
Ok, saya dah bagi ‘modal’ untuk cover up (mengatakan ada doktor scammer jual v.ksin – walau jika betul terkantoi).
Atau jika benar ada doktor tawarkan v.ksin c[]vid sebenar, dengan tersebar modus ini, dengan lebih ramai orang tahu dan faham, ia mungkin dapat melambatkan satu dari sejuta gerak kerja mereka.
Sekiranya benar v.ksin ini dah lama ada, maka ia membuatkan kita perlu lebih berhati-hati kerana, “Kajian v.ksin dikatakan belum sempurna tapi v.ksin dah ada?”
Kepada yang terlibat dalam pengurusan v.ksin (jika anda membaca ini), tidakkah anda mahu berfikir kebenaran di sebalik apa yang berlaku?
.
=====
Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). (Ali’Imraan 3:13)
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Qaaf 50:5)
Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”(Al-An’aam 6:50)
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”.(Saba’ 34:46)
.
#masterlatifcom
#notaakhirzaman
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3789282477760016&id=100000349024932