Usah terpaku dan terlalu bergantung dengan media arus perdana.
Mungkin anda juga sering diberitahu bahawa media arus perdana adalah skrip, ‘brainwashing’, indoktrinasi dan medium mempromosikan ketakutan.
Ini telah berlangsung semenjak tahun 1950-an.
Berhenti bergantung kepada sumber media arus perdana semata-mata, dan dapatkan sumber rujukan yang pelbagai.
Mula berfikir sendiri kerana jika tidak, mereka yang akan ‘fikirkan untuk anda’ (programkan pemikiran) berulangkali, sehingga pembohongan juga bertukar menjadi sesuatu yang otak anggap sebagai perkara benar.
.
=====
Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). (Ali’Imraan 3:13)
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Qaaf 50:5)
Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”(Al-An’aam 6:50)
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”.(Saba’ 34:46)
.
#masterlatifcom
#notaakhirzaman
https://www.facebook.com/mdlatiff.amran/posts/3785987898089474