KomunitiNota Penulis

Untuk Memenangi Peperangan Akhir Zaman, Bongkarkanlah Rahsia Di Sebalik Kisah Qa…

Untuk Memenangi Peperangan Akhir Zaman, Bongkarkanlah Rahsia Di Sebalik Kisah Qabil dan Habil.

Mudah-mudahan diberi petunjuk.

“Ceritakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;” (al-Maidah – 27)

“Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.” (al-Maidah – 28)

“Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim. (al-Maidah – 29)

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.” (al-Maidah – 30)

Awal dan akhir.
Kegelapan akan kembali menjadi cahaya.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

p/s: Gambar ukiran di Borobudur.

#masterlatifcom
#notaakhirzaman
#notasufi



Source

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button