KomunitiNota Penulis

Mereka Mengkaji, Kita MengajiJika dibuka tafsir al-Quran, pasti terjumpa ayat …

Mereka Mengkaji, Kita Mengaji

Jika dibuka tafsir al-Quran, pasti terjumpa ayat dengan maksud dengan ‘berakal’ dan juga ‘beriman’.

Untuk orang yang berakal (berfikir).
Walaupun mereka mungkin, belum diberi hidayah keislaman.

Untuk orang yang beriman (membenarkan).
Walaupun mereka mungkin, tidak berfikir dengan sebaik-baiknya.

Adakah hanya dengan mengaku beriman, maka kita merasakan, kitalah yang lebih betul berbanding mereka yang belum mengakui keimanannya?

Boleh saja, walau seseorang itu sepanjang hidupnya menentang Allah dan Rasul, namun sebelum ‘tamat tempoh’, diberi hidayah dan mengakui keimanan walau tak siapa yang tahu.

Bila mati, roh dibawa terbang ke langit tinggi.

Boleh saja, walau seseorang itu beramal ibadah sepanjang hayatnya, namun menjelang ‘waktu terakhir’, hadir ujian yang menggelincirkan imannya.

Bila mati, roh terpasak jauh di perut bumi.

Setiap dari kita sudah diberi watak dan cerita berbeza. Yang penting, jaga dan bersih-sucikan hati.

Ada yang berakal namun belum beriman.
Ada yang beriman namun tidak berakal.
Maka berusahalah, agar dapat menempatkan diri sebagai yang berakal dan beriman.

Mereka mengkaji dan kita mengaji.
Di titik mana akan bertemu?

Kehidupan ini, adalah sama saling melengkapi.

“Nafi dan isbat kau sandingkan, sebagai tali pegangan.”

#masterlatifcom
#notaakhirzaman untuk peringatan diri agar terus berakal dan beriman.
#notasufi sebagai pesan-pesanan pada hati.



Source

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button