Rasulullah saw bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini.” (Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani)
Baginda ditanya,
“Siapakah orang-orang yang asing itu?”
Baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak.” (Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani)
Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia.”
Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya.”
=====
Dalam keadaan umat sedang rosak atau dirosakkan, sebahagian kecil dari golongan yang kecil ini akan muncul di kalangan masyarakat untuk menyampaikan pesanan dan memperingatkan.
Sebahagian besar yang lain akan terus tersembunyi atas tugasan yang berbeza.
Kenali diri sendiri. Dan jika diizinkan, pasti suatu hari nanti kamu ‘mengenali’ mereka.
#masterlatifcom
#notasufi
Jika baca ayat quran, yg mengatakan tentang org kebykkan..boleh digunapakai zaman skrg..teliti kn siapakah org kebykkan..ikuti org yg sedikit..yg selalu berpesan dgn kitab2Nya. ?