KomunitiNota Penulis

Tunggu Sampai 2023Tahun lepas, sumber luar (maklumat dan kajian) mengatakan a…

Tunggu Sampai 2023

Tahun lepas, sumber luar (maklumat dan kajian) mengatakan akan berlaku lockdown/pkp. Ramai dah kongsi sumber maklumat begitu tapi itu mereka. Saya masih perlu verify untuk diri sendiri.

Awal tahun 2021:
Menurut satu sumber, sumber dalaman mengatakan mereka dah pun bawa masuk meeting, ianya sampai 2023.

Satu sumber yang lain, maklumat dari individu yang berjawatan tinggi dalam ‘anggota’ (very high rank) menyampaikan info ia akan takkan sama seperti 2020. Ia akan bersambung dan bersambung. Kurang lebih sebulan ke belakang, daripada post ditulis, sumber ini memetik 2023.

Dua sumber di atas posisi dan tugas yang jauh berbeza. Satu bahagian majlis, satu bahagian pertahanan.

Beberapa hari lepas:
Level anggota berpangkat rendah juga, rupanya sudah tahu juga rupanya. Angka 2023 telah disebutkan.

Ada orang awam juga telah dimaklumkan secara tidak formal yang mempunyai kenalan-kenalan berpangkat biasa di atas.

Maksudnya, perkara ini lambat laun tidaklah lagi rahsia kepada orang ramai kerana telah menjadi bahan borak-borak di level orang awam – namun mungkin masih tidak terang-terangan.

Sudah masuk bulan 5, tetap bersambung-sambung lagi. Bukan teori, ini realiti. Tidakkah kamu mahu memikirkan?

Tidaklah mungkin untuk mereka yang berada di posisi berjawatan tinggi itu, menyampaikannya secara langsung/rasmi kepada orang awam apabila ianya melibatkan isu yang sangat-sangat besar dan rahsia-rahsia besar.

Tidak sesuai disampaikan dengan cara formal kerana panik adalah sesuatu yang kita tidak mahu ia berlaku – akan lebih menyukarkan keadaan.

Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya). (Ali’Imraan 3:13)

Berhadapan permainan licik musuh, perlu menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.

But someohow, ia perlu disampaikan agar sebahagian kita yang di bawah ini sedar, faham dan bertindak menyerap impak lebih awal.

Bersedia emosi, mental dan fizikal.
Be prepared. It’s better to be safe than sorry.

Yang faham akan lebih bersedia. Yang masih blur akan marah menyalahkan (entah siapa – semua disalahkan).

Semua sedang berusaha dan bekerja pada level masing-masing untuk seimbangkan keadaan. Sehingga sampai masa sistem pemerintahan bertukar kepada sistem khalifah. Pakar dan pengkaji seluruh dunia juga telah menjangkakan ia akan berlaku semenjak beberapa tahun yang lalu.

Pelbagai bukti kebenaran diberikan namun masih memilih kepalsuan?

Apabila kebenaran itu sampai, usah ditolak. Apabila kebenaran telah sampai namun didustakan, sentiasa serba tak kena jadinya.

(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Qaaf 50:5)

Itulah sebabnya, carilah kebenaran pada apa yang disampaikan, bukan dari siapa semata-mata. Runtuhkan keegoan dan kesombongan serta berfikirlah dengan baik untuk membuka hijab.

“Turunlah kamu dari syurga itu; karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina”. (Al-A’raf: 13)

Merasa diri paling benar dan paling tahu boleh menjadi hijab.
Kepandaian dan ilmu juga boleh menjadi hijab.

Kerana satu lagi hijab boleh terbuka apabila sudah bersedia menerima kebenaran. Cawan yang sudah penuh takkan boleh menerima air lagi sehingga kembali kosong sebahagian darinya.

Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”(Al-An’aam 6:50)

Kebenaran adalah apa adanya dan tetaplah ia sebuah kebenaran, walau datangnya daripada si pengembala kambing.

Firaun memiliki segala kehebatan dan teknologi di zamannya. Nabi Musa as hanya ada sebatang tongkat membawa kebenaran. Yang mana menjadi pilihan kita (jika ia adalah situasi hari ini)? Sedangkan hari ini pangkat dan kedudukan menjadi ukuran kebenaran?

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”.(Saba’ 34:46)

Sekarang, silakan anggap sebagai khabar angin. Ini bukan confirmation pun. Nak berita yang sah apabila sampai masanya, ikut pengumuman kerajaan. Sana 2 minggu.. sini 2 minggu.. bersambung-sambung lagi..

Kita sama-sama tunggu sampai 2023, jika benar, maka mungkin sebahagian lagi barulah akan terbuka hijabnya (kalau sempat sampai ke tahun itu). Sekiranya post ini masih ada jejaknya, moga ada yang akan memikirkannya. It has been planned.

Perlu cari dan ikut kebenaran, bukan ikut kami yang entah siapa.
Kebenaran datangnya dari Allah, bukan kami.
Hanya ada dua. Haq dan batil.

“Maka apakah orang yang mengetahui bahwa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran” (Ar-Rad:19)

Samada terpedaya oleh musuh, atau terpedaya sebagai balasan.

“Maksudnya : “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik perancang (membalas tipu daya).” (Ali `Im/raan: 54).

Maka berpeganglah pada kebenaran atau terpedaya.

Kami bukan siapa-siapa dan tiada kepentingan. Dan tidaklah ada sesiapa memiliki jiwa-jiwa kami selain Dia. Kami hanya melaksanakan tugasan menyampaikan peringatan dan kebenaran. Setiap dari kita tetap perlu mencari kebenaran dan membuat pilihan sendiri.

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)

Join t.me/nota_akhirzaman untuk lebih banyak perkongsian yang disekat oleh media social bagi menutup kebenaran dari diketahui oleh orang awam.
.
#notaakhirzaman #masterlatifcom #notasufi

https://www.facebook.com/mdlatiff.amran/posts/4325742157447376



Source

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button