Mereka baru tahu atau baru buat-buat tahu?
Dari awal lagi sememangnya terdapat banyak masalah timbul untuk vak sin c19.
Hanya saja ia dinafikan walaupun data dan fakta sudah lama dibentangkan oleh pakar-pakar yang jauh lebih pakar dari doktor promoter Big Pharma yang viral.
Negara Jepun pun sudah buang berjuta vak sin daripada disuntik kepada rakyat mereka.

Banyak negara lain juga ‘sedekahkan’ vak sin kepada Malaysia. Sedangkan rakyat mereka sendiri pun belum habis suntik lagi dan berjuta dollar Amerika kos vak sin tetap duit negara = duit rakyat.
Kenapa tidak mendahulukan rakyat sendiri di waktu stok vak sin dikatakan terhad dan setiap negara perlu menunggu giliran yang agak lama. Bila stok dah kata tangan, kenapa beri pula kepada orang lain sedangkan katanya dunia dalam kecemasan pandemik yang paling berbahaya dalam sejarah?
Di Malaysia, ia diterima dengan gembira tanpa perlu adanya kajian sendiri (hanya semata-mata ikut kata pengeluar yang tidak bertanggungjawab ke atas produk mereka.
Yang untung berjuta-juta adalah kumpulan yang terlibat dalam kemasukan vak sin tapi kesan sampingan rakyat yang tanggung walaupun tidak rela hati (dipaksa rela melalui pelbagai sekatan dan tekanan).

Sekarang adakah apabila sudah dah masuk media utama baru nak ambil tahu atau masih juga buat tak tahu?

Pakar yang jauh lebih pakar berbanding ‘doktor-doktor promoter viral’ dah bagitahu lama dahulu. Banyak fakta dan data saintifik serta hasil kajian dan analisa telah diperbincangankan. Tetapi dengan mudah ia dikilas sebagai teori konspirasi. Ketis macam tu je der..
Usah terburu-buru menafikan kebenaran hanya kerana ia tidak selari dengan arus semasa.
(Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.(Qaaf 50:5)
Kerana orang yang tidak tahu dan tidak faham tak sama dengan orang yang sudah tahu dan faham.
Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”(Al-An’aam 6:50)
Kepada yang menyampaikan, teruskanlah memberi peringatan biarpun majoriti menentang. Walaubagaimanapun, orang-orang beriman akan mendapat manfaatnya.
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)
Pesanan untuk diri, kita hanya nasihat-menasihati, berpesan-pesan sahaja agar orang lain juga terbuka untuk mencari kebenaran melalui diri mereka masing-masing.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)”.(Saba’ 34:46)
Cucuk dulu apa apa hal…… Kaji kemudian…. Consent letter da sign pun…. FDA approve la, under eua la… Ends up…. Ko tanggung ler sendiri
ini semua salah nasi lemak sesudu ?