
Gangguan Global Facebook Instagram dan Whatsapp Selepas Pendedahan Whistleblower Bahawa Facebook Memudaratkan Pengguna
Apa yang terjadi dengan Facebook, Instagram dan Whatsapp?
Selepas pendedahan maklumat yang mengejutkan dunia berkenaan Facebook (Facebook explosive whistleblower interview) tersebar, hari ini Facebook, Whatsapp dan Instagram ‘down’ teruk.

Adakah kebetulan atau benar-benar ‘berlaku sesuatu’ disebabkan pendedahan berkenaan?
Dalam pendedahan tersebut, pemberi maklumat mendedahkan bahawa Facebook dan Instagram sedang merosakkan dan memudaratkan terutama kepada golongan muda.
Pengguna lebih terdorong dengan emosi kebencian, permusuhan dan seumpamanya. Pengguna lebih terinspirasi dengan bahan beremosi negatif berunsur keganasan dan kebencian ini dan kadar engagement yang lebih tinggi akan berlaku. Lebih tinggi engagement maka lebih tinggi keuntungan untuk Facebook.
Keadaan menjadi ketara apabila perubahan algorithm dilakukan oleh Facebook pada 2018.
Facebook menyedari bahawa dengan algorithm yang lebih selamat untuk pengguna, ia akan membuatkan ‘engagement’ menjadi lebih rendah.
Facebook memilih algorithma untuk manipulasi keuntungan yang lebih besar walaupun ia merosakkan masyarakat dan memudaratkan pengguna.
Contoh yang berlaku sekarang :-
>> Perkongsian berbentuk tuduhan, fitnah, perbalahan yang memecahbelahkan masyarakat sehingga berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri.
>> Misinformation. Di mana maklumat tidak benar dibenarkan semakin berleluasa dan maklumat yang benar dihalang.
Selepas pendedahan itu tersebar, ramai pekerja Facebook menghentam majikan mereka di ruangan komen Facebook.
Antara yang menarik adalah komen pekerja Facebook yang mempersoalkan tindakan implementasi algorithma yang merosakkan masyarakat sedangkan mereka (pihak Facebook) mempunyai cukup masa (dalam mencari penyelesaian) menguruskan platform tanpa unsur keganasan.
Lebih banyak info anda boleh dapat melalui senarai video di bawah ini.
Facebook Whistleblower on The Company’s Algorithm
Misinformation and Hateful Content on Facebook
Whistleblower: Facebook Entices Publishers to Post Inflammatory Content
Whistleblower: Facebook Research Showed Instagram Is Worse For Teenagers Than Other Social Media
Whistleblower: Facebook Empoyees Raged About Leadership After January 6 Capitol Attack
Report: European Political Parties Complained Facebook Is Forcing Them To Take More Extreme Policy
Whistleblower: The Version of Facebook That Exists Today Is “Tearing Our Societies Apart”
Whistleblower: Facebook Dissolved Department Focused On Misinformation and Elections After 2020
Facebook Foreign Impact
Whistleblower Says Facebook Needs To Declare “Moral Bankruptcy”
Facebook Whistleblower Frances Haugen: The 60 Minutes Interview
https://t.me/nota_akhirzaman/890