Saintis Pfizer sampaikan begini :-
» Antibodi anda (dimaksudkan apabila terdedah kepada Covid secara langsung) adalah jauh lebih baik berbanding disebabkan vaksinasi (Pfizer).
Sebaliknya ‘pakar-pakar promoter’ di Malaysia pula berkempen ambil vak sin adalah lebih baik, lebih selamat dan lebih berkesan berbanding pendedahan sistem imuniti semulajadi manusia terhadap jangkitan.
Sedangkan sekarang ini sudah banyak pembuktian bahawa keberkesanan pengambilan vak sin menurun dan perlu perbaharui suntikan.
» Saya rasa macam saya sedang bekerja untuk ‘evil corporation’.
» Saya di sini untuk membantu orang ramai, bukannya untuk syarikat membuat keuntungan berjuta-juta dollar.
» Organisasi kami dijalankan dengan wang Covid sekarang.
» Keuntungan sehingga 15 bilion dollar.
Ada conflict of interest, mempunyai kepentingan besar dalam ‘peristiwa Covid’ yang mana ia telah banyak telah didedahkan.
» Jika antibodi anda terbina, ia mesti dapat dibuktikan ianya terbina (disebabkan vaksinasi).
Di Malaysia pula masyarakat ‘diajar’ supaya tidak lakukan ujian antibodi untuk tahu adakah vaksin yang diambil benar-benar berkesan membantu tubuh membina antibodi atau tidak.

Betul, memang tiada garis panduan berkaitan antibodi dan vak sin covid tetapi macam mana pun, hasil keputusan yang menunjukkan terbentuknya antibodi tetap akan ada pada semua individu jika sekiranya ianya berkesan.
Ini misdirection, permainan perkataan dan ayat.
Isu lebih utama adalah antibodi terbina atau tidak. Tapi masyarakat dialih perhatian kepada tiada garis panduan.
Walaupun garis panduan asalnya tiada yang standard, ujian mesti menunjukkan suatu hasil (yang positif antibodi terbentuk) dan dari maklumat-maklumat yang dikumpulkan dapatlah kita analisa dengan lebih baik. Yang mana akhirnya boleh membawa kita untuk wujudkan garis panduan lebih standard.
Tonton video ini dalam bahasa Inggeris untuk dapatkan maksud yang lebih tepat.