Ini contoh sahaja.
Sila rangka dan ubahsuai mengikut situasi dan penyampaian sendiri.

—
Contoh Surat ke Istana Berkenaan Isu Vak sin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, menjunjung tinggi dan merafak sembah ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun, hamba seorang dari rakyat Tuanku ingin menyatakan dukacita patik terhadap beberapa perkara yang berlaku di kalangan rakyat hari ini.
Isu yang patik ingin utarakan adalah berkenaan vaksinasi di kalangan masyarakat yang hari ini menjadi tumpuan dan perhatian. Patik dengan ini memohon Tuanku turun untuk memahami dan cakna tentang isu kesan vaksin ini.
Sebagai permulaan, patik sendiri tidak bersetuju akan vaksinasi ini diberikan secara paksaan, meskipun kerajaan mengatakan ianya secara sukarela, apa yang berlaku disisi rakyat adalah sebaliknya.
Ada yang diugut untuk diberhentikan kerja dan dipindahkan , serta diambil tindakan tatatertib sekiranya menolak vaksinasi ini. Apa yang meragui rakyat tentang vaksinasi ini adalah kesan sampingan yang terjadi selepas Vaksinasi diambil.
Ada yang mengalami kematian, kecacatan, serta pelbagai penyakit misteri lain setelah mendapatkan vaksinasi ini. Rata rata mendapat kesan aefi yang serius tetapi tidak berani menyuarakan hak mereka kerana takut dilabel sebagai Anti-vaksin ataupun penghasut.
Dan mereka yang mendapat kesan teruk aefi ini tidak diberi perhatian yang serius dan pampasan sewajarnya, sebagaimana Kerajaan pernah mewartakan untuk memberi pampasan sehingga 500ribu bagi keluarga mereka yang kehilangan nyawa akibat vaksinasi ini tetapi semuanya hanyalah indah khabar dari rupa.
Ramai anak anak menjadi yatim, hilang ibu atau bapa atau penjaga keluarga yang tidak dibela atas kesan sampingan Vaksinasi ini.
Yang lebih teruk, vaksinasi ini sekarang diberikan kepada budak-budak peringkat umur persekolahan dimana telahpun ada kes aefi kematian, dan efeksi teruk yang berlaku pada individu golongan ini dan pembelaan hak dinafikan serta badan kerajaan yang berwajib berlepas diri dari bertangungjawab.
Disini, patik juga ingin menyatakan bahawa Undang-undang 2dos entry juga adalah salah satu Diskriminasi Belian bagi rakyat. Ada keluh kesah dari rakyat yang terpinggir dalam membuat belian dan mendapatkan akses ke sesuatu tempat disebabkan aturan ini.
Vaksinasi dan 2 Dos Entry ini merupakan aturan Diskriminasi yang membuat rakyat menanggung pelbagai derita dan menyekat kebebasan rakyat dalam membuat sesuatu pergerakan dan aktiviti.
Patik terpaksa menyuarakan dukacita terhadap apa yang berlaku, kerana disisi patik sebagai hamba tuanku yang menjunjung tinggi kuasa Raja Raja Berperlembagaan ingin keluhan dan resah suara nadi kami sebagai rakyat didengari dan dibela.
Tiada lagi tempat bergantung harap kami sebagai rakyat hamba, melainkan berharap pembelaan yang sewajarnya daripada Pihak Istana dan Sistem Raja Berperlembagaan.
Di sini juga, patik ada lampirkan beberapa kes aefi yang teruk yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya agar pihak tuanku dapat melihat perkara yang berbangkit ini dengan lebih terperinci.
Hatta, Patik berharap pihak Tuanku dapat mengusahakan sesuatu bagi membela nasib rakyat tuanku.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Menjunjung Tinggi Kasih dan Raja Berperlembagaan. Daulat Tuanku.
Hamba yang menjunjung titah,
Nama :
No ic :
……………………………………………….
Lampiran dokumen : https://t.me/AEFICOVIDVAX