KomunitiNota Penulis

Saya kasihan dengan guru yang dipulaukan. Saya percaya pihak atasan tak memahami…

Saya kasihan dengan guru yang dipulaukan. Saya percaya pihak atasan tak memahami isu sebenar.

‘Sains mesti menang’ dalam isu ini mmg ke laut. Kita tahu guru yang sudah disuntik lengkap dan guru yang belum disuntik sama-sama berisiko dijangkiti dan menjangkiti. Tak ada beza pun.

Cuma guru yg sudah disuntik dikatakan kebarangkalian untuk masuk fasa 4 dan 5 serta meninggal dunia lebih rendah.

Beruntunglah yang sudah suntik. Yang belum disuntik, hanya takdir yang menentukan. (Walaupun yg disuntik pun tidak terlepas takdir untuk mati). Jadi biarlah jika ada guru yang membuat pilihan untuk tak mahu suntik itu atas beberapa alasan.

Ramai juga rakan saya yang sudah disuntik dijangkiti dan positif. Ada juga yang sudah disuntik dua dos pun meninggal dua. Kebanyakan yang ada penyakit kronik. Jadi masalah sudah suntik ke belum pun bukan isu. Yang menjadi isu adakah mereka ada risiko akibat menghidap penyakit kronik.

Sebab itu kita perlu mengamalkan SOP iaitu pakai mask, jaga penjarakan dan kerap basuh tangan.

Jika sudah tahu yang disuntik dan tidak disuntik mempunyai risiko sama, mengapa perlu ada perbezaan?

Jadi saya minta perbezaan layanan ini dihentikan. Apa yang boleh kita buat adalah minta guru yang telah disuntik atau belum agar melakukan RTK Saliva setiap seminggu atau setiap dua minggu kerana sama-sama berisiko.

Harga RTK Saliva pun sudah murah. Jadi kita tahu siapa sebenar culprit yang menyebarkan virus jika ia berlaku di sekolah nanti.

Sekadar cadangan.

Source

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button