Saya cuba masuk campur. Pujuk agar mereka dibenarkan masuk. Di hospital pun tak ada tanya dah suntik ke belum. Balai polis pun sama. Tiba-tiba kat sini pulak tak bagi masuk atas sebab tak munasabah. Saya kata sama ada sudah cucuk atau belum, kedua-dua ada risiko menjangkiti dan dijangkiti. Namun dia kata tetap tak boleh masuk.
Saya tanya, ada undang2 ke tidak dibenarkan masuk. Dia jawab, ada. Saya tanya peraturan mana dan tunjuk surat larangan. Dia kata ada di HQ.
Saya tanya, kenapa orang belum cucuk tak dibenarkan masuk? Padahal yang sudah cucuk atau belum, sama2 ada risiko untuk menjangkiti dan dijangkiti. Dia diam.
Saya cakap, oklah bagi isteri yang sudah cucuk masuk. Suami tinggal di luar. Penatlah gaduh. Dia pun hanya jalankan tugas. Padahal yang tak ada akal adalah orang atasan dia.
Lepas tu saya tanya, habis anak ini (umur 5 tahun) boleh masuk? Dia kata, boleh.
Saya cuba ingatkan dia, budak ini belum cucuk tau.. Dia jawab, tak apa.
Akhirnya si isteri yang sudah cucuk dapat masuk dan anak yang belum cucuk (yang boleh menyebarkan virus- menurut teori pengawal ini) juga dibenarkan masuk.
Jadi saya fikir ini peraturan tak betul. Peraturan menyusahkan orang. Hasilnya matlamat tak capai. Caca marba. Pi mai pi mai tang tu.
Ramai yang tak faham bahawa sebaran virus boleh berlaku sama ada dicucuk atau belum. Yang menghalang sebaran virus adalah mask dan mencuci tangan dengan air dan sabun atau sanitizer. Penjarakan individu satu meter.
Saya cadangkan scan QR code dan bacaan suhu pun mencukupi. Bacaan suhu yang menunjukkan seseorang itu bergejala pun, tak ada yang peduli. Tak pernah pengawal melihat dan memantau suhu individu yang masuk. Asalkan individu itu sudah scan suhu, sudah cukup. Berapa bacaan suhu, dia pun tak tengok.
Jadi kalau yang positif dan bergejala (demam) walau pun sudah suntik, boleh masuk dan menyebarkan virus. Nampak tak point tu..
Patutlah kita gagal.
Source