Vaksin Pra-Matang dan AKKP 1994
Oleh kerana semua vaksin Covid-19 masih dalam tahap eksperimen dan ujian klinikal masih belum tamat tempohnya, saya anggap vaksin ini adalah vaksin Pra-Matang.
Kerajaan tidak mewajibkan pengambilan vaksin Pra-Matang Covid-19 dalam menangani Pandemik Covid-19 tetapi ramai majikan di sektor swasta mengambil pendekatan untuk mewajibkan pekerja-pekerjanya untuk di suntik dengan vaksin Pra-Matang ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan baru baru ini berkata walaupun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 namun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [“AKKP”] menuntut majikan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan tidak mengancam kesihatan pekerja-pekerja yang divaksinkan dari mereka masih dan tidak mahu divaksinkan.
Adakah ini benar dari sudut undang-undang?
AKPP adalah satu undang-undang yang bertujuan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja “yang berkaitan dengan risiko keselamatan dan kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang yang sedang bekerja termasuk menggalakkan persekitaran pekerjaan sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka”.
AKPP BUKANLAH undang-undang berkaitan dengan apa-apa bentuk intervensi perubatan [ campur tangan perubatan]. Ia hanya berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja yang berhubung dengan aktiviti pekerjaan.
Ia BUKANLAH satu AKTA berkaitan dengan status kesihatan; untuk memilih ubat atau makanan; atau samada kami memilih nak bermain badminton atau bolasepak selepas waktu kerja.
Dalam isu vaksin “pra-matang” ini, ramai daripada pekerja yang mendapat notis dari majikan mereka untuk mewajibkan pekerja-pekerja mereka untuk menghadiri satu prosedur perubatan yang dipanggil Vaksinasi Covid-19 yang KONONNYA berdasarkan seksyen 15 dan 17 AKPP.
Seksyen 15(1) menyatakan “Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya”.
TIADA apa-apa dalam seksyen 15 yang mewajibkan pengambilan vaksin untuk SEMUA PEKERJANYA.
Seksyen 15 juga mewajibkan majikan dalam memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat yang berhubung dengan penggunaan mesin, prosedur operasi dan penyelenggaraan/ penggunaan /penanganan/ pengangkutan/ penyimpanan loji dan bahan.
Seksyen 17 pula mewajibkan majikan untuk memastikan orang lain yang bukan pekerjanya tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan mereka oleh sebab pengusahaan majikan tersebut.
Seksyen 27 amat penting. Ia jelas memastikan supaya majikan tidak boleh mendiskriminasi pekerjanya. Tiada majikan boleh memecat boleh memecat seseorang pekerja, mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata-mata oleh sebab pekerja itu membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatannya.
Seksyen 28 juga amat penting. Jika berlaku sesuatu penyakit atau terdapat risiko kecederaan kepada kesihatan di tempat kerja, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi TUJUAN pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, TIDAK TERMASUK RAWATAN PERUBATAN YANG BERSIFAT PENCEGAHAN.
ADAKAH PENGAMBILAN VAKSIN SATU RAWATAN PERUBATAN BERSIFAT PENCEGAHAN?
Sudah sampai masanya semua pekerja-pekerja untuk mengingatkan majikan mereka bahawa organisasi kesihatan dunia iaitu WHO telah mendifinasikan “kesihatan” sebagai “a state of complete physical, mental and social wellbeing and not merely the absence of disease”.
Ahmad Jufliz bin Dato’ Faiza
Razak Ibrahim & Co
Peguambela & Peguamcara
10.9.2021