KHAMIS seorang Menteri berusaha melobi semua MP menyokong pindaan ke atas Akta 342 yang bersifat “Draconian” kononnya untuk mencegah penyakit.
Jumaat, Sabtu hujan turun tanpa henti sehingga satu Selangor hampir tenggelam.
Ini semua bala..
Kata Pak Lebai sebelum cium mulut bersama dengan kerajaan. Sekarang Pak Lebai semua bisu sejak mula tidur sebantal dengan kerajaan.
———
Malam ini 9.00 malam saya dijemput menjadi Panel di Malaysian Educator Movement (MEM).
Topik isu hangat Garis Panduan 3.0 : Cegah Penyakit atau Diskriminasi?
Apa benda nak gebang nanti?
YB Datuk Seri Dr. Radzi Jidin jemput tengok malam ini kerana difahamkan MEM menampilkan tiga orang lagi guru yang menjadi mangsa diskriminasi di sekolah.
???
Nota kaki: be a voice, not an echo.