KomunitiRudy As (updates)

Prepping Sangat Berguna SekarangMalam tadi, bunyi guruh di sini sangat berbez…


Prepping Sangat Berguna Sekarang

Malam tadi, bunyi guruh di sini sangat berbeza.
Bukan seperti dentuman yang biasa kita akan dengar walaupun ribut petir.

Seolah-olah letupan bom yang saling berbalas-balas.
Pendek-pendek tetapi berterusan.

Seperti dijangka, kali ini sesuatu yang berbeza juga di sini.
Air naik pada paras yang belum pernah berlaku.

Saya juga sedang bersiap-sedia untuk keluar jika keadaan tidak mengizinkan.

Ramai orang berpusu-pusu keluar mencari makanan.
Makanan kehabisan. Stok-stok habis diborong.
Bekalan baru, entah bila akan sampai jika keadaan seperti ini berterusan.

Saya juga masih akan meredah air mendapatkan stok tambahan jika masih available.

Kepada sahabat yang dah prepping walaupun sedikit, jika tak dapat keluar mencari bekalan makanan baru, mungkin dapat cover untuk harini, mungkin esok sehingga beberapa hari mendatang.

Kepada yang tidak prepping, semoga dipermudahkan urusan.

Mengharapkan keajaiban adalah satu perkara.
Bersedia juga adalah satu perkara.

Serius, banjir adalah di luar jangkaan di sini. Tak bersedia untuk banjir. Tetapi prepping adalah sangat berguna dan tetap bermanfaat.

#masterlatifcom #notaakhirzaman


Source

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button