Semua orang dah tahu , fokus banjir di Selangor sekarang adalah Seri Muda di Shah Alam. Dah 3 hari air masih bergenang lambat surut. Ada menyusut tapi sikit saja.
Kenapa?
Untuk info atok pun pernah terperangkap dalam banjir di Sri Muda pada tahun 1990 han dulu , Atok tengok sendiri depan mata kereta tenggelam dan kereta hanyut depan mata. Mujur atok berjaya naik parking tempat tinggi sikit dan tunggu sampai air surut sikit .
Nature of Seri Muda.
Yang ni yang ramai orang terlepas pandang.
Seri Muda asalnya adalah bekas ladang sawit tanah rendah dan ada paya di tepi sungai ( port menjala atok dulu ).
Kemudian lebuhraya KESAS di bina, jalan Shah Alam -Highcom, Kemudian lebehraya LKSA dibina baru ni.
Jadi di sebelah selatan KESAS dengan jalan yang agak tinggi sikit. Di sebelah tepi sungai ada benteng penebat banjir ( sebelah utara )
Di sebelah timur kena block dengan jalan Shah Alam -Highcom. Dan disebelah barat kena blok dengan lebuhraya LKSA.
Ke empat empat unsur ni menjadikan Seri Muda bagaikan petak sawah dan lebuh raya tu semua bagaikan batas sawah.
Maka Seri Muda menjadi petak sawah tempat menakung air dari aliran semua kawasan lebuh raya tu semua.
Dalam keadaan normal , air boleh dilepaskan ke sungai ( kawasan benteng penebat banjir) tanpa sebarang masalah.
Tapi jika terjadi hujan lebat berterusan secara ekstreem macam baru ni , pelepasan air pun sudah tidak seimbang dan masih banyak air yang bertakung tak dapat dilepaskan ke sungai.
Sementelah air dari kawasan Kolompo meluru turun ke Sungai Klang dan dan ini menyebabkan paras air yang tinggi di Sungai Klang.
Di Padang Jawa selepas Seri Muda pula ada jaring perangkap sampah merentang sungai. Bila arus deras dan air banyak turun maka perangkap sampah boleh sendat dan aliran air sungai Klang tersekat dan arus menjadi perlahan. Bila arus perlahan maka air sungai Klang dengan mudah meningkat dengan mendadak , dan ini menyebabkan air yang bertakung di Seri Muda tidak dapat dilepaskan ke sungai.
Sebab itulah kita dapati semalam tak hujan tapi genangan air di Seri Muda masih ada. Ini hanya akan berakhir jika air tersebut berjaya dilepaskan ke sungai KLang . Tu pun kalau dalam sehari dua ni tak ada hujan lebat. Kalau ada hujan lebat berterusan proses ni akan berulang semua dan Sri Muda masih kekal menjadi petak sawah .
Jadi kuncinya ialah bagaimana nak menyelia pelepasan air dari Seri Muda ke sungai supaya ia sentiasa lancar.
Mungkinkan jaring perangkap sampah perlu diolah semula supaya boleh dibuka tutup jika keadaan memerlukan ?
Atau membina beberapa buah kunci air tambahan untuk alirkan air dari Seri Muda ke sungai secara lebih berkesan terutama bila air sungai sedang surut ?
Ini pendapat peribadi atok berdasarkan pengamatan atok sendiri.
Pendapat pihak gomen atok tak tau lah.